Cara berjimat di bulan puasa dan menjelang Raya

Perancangan di peringkat awal perlu supaya anda sentiada mempunyai wang yang mencukupi, malah boleh membuat simpanan.

Namun perancangan ini banyak yang meleset di bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Ini kerana masyarakat akan lebih banyak berhabis untuk membeli juadah berbuka puasa serta kelengkapan Aidilfitri.

Beberapa tips mungkin anda boleh amalkan untuk melakukan penjimatan pada 2 bulan ini :

1. BUAT SIMPANAN 2 BULAN LEBIH AWAL

Anda boleh membuat simpanan RM50 seminggu atau RM200 sebulan.

Ini bermakna anda akan mempunyai RM400 menjelang Aidilfitri untuk membeli sebarang kelengkapan.

2. BERBUKA DI MASJID

Jika berbuka puasa seorang diri, anda pergi berbuka di masjid. Ia bukan sekadar boleh berjimat tetapi lebih afdal dan menggandakan pahala.

Inilah masanya anda duduk lebih lama di masjid untuk menenangkan hati daripada urusan dunia.

3. KELUAR MEMBELI BARANG SELEPAS BERBUKA

Selepas berbuka, sememangnya emosi menjadi stabil dan mampu dikawal dengan bijak khususnya dalam membeli barang.

Fikiran pula mampu berfungsi dengan baik setelah menerima oksigen mencukupi, ditambah pula perut sudah kenyang.

Jadi anda akan membeli barang pada perkara yang perlu sahaja, ia tak akan berlaku pembaziran.

4. BELI BAJU RAYA SEBELUM PUASA

Harga sebelum menjelang Ramadan kebiasannya lebih murah, anda boleh membuat perancangan membeli barang raya termasuk baju raya sebelum Ramadan.

Dengan cara ini juga anda boleh memilih baju dengan lebih tenang tanpa bersesak dengan orang ramai, dan anda mampu menikmati Ramadan dengan melakukan banyak ibadah.

5. BALIK KAMPUNG AWAL

Elakkan kesesakan trafik yang sememangnya membuatkan ramai stress, ditambah pula dengan minyak dan masa yang terbuang di atas jalan.

Jadi anda perlu rancang perjalanan supaya lebih tenang dan berhati-hati untuk sampai ke destinasi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]