Cawan Starbucks ‘tidak sengaja’ muncul dalam Game Of Thrones

Produksi Game Of Thrones (GOT) antara yang terbaik di Hollywood, tetapi mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Dalam episod terbaru GOT musim ke-8, nampaknya mereka terlupa alihkan cawan Starbucks dari set penggambaran.

Akibatnya, ia menjadi bualan hangat peminat setia GOT, dengan sebahagian mereka berseloroh, mengatakan Starbucks “pandai buat duit” sehinggakan ada cawangan di Westeros.

HBO menerima hakikat ia suatu kesilapan, tetapi menganggap ia hanya kesalahan kecil yang tidak menjejaskan jalan cerita GOT.

“Kopi yang muncul dalam episod GOT semalam adalah satu kesilapan. Daenerys sebenarnya memesan teh herba,” HBO berseloroh dalam satu kenyataan.

Starbucks juga melihat perkara tersebut sebagai pemasaran tidak langsung untuk jenama tersebut dan turut mengeluarkan kenyataan di Twitter mengenainya.

Ada peminat berpendapat ia sebenarnya strategi GOT atau gimik untuk membuatkan orang bercakap mengenai siri berkenaan.

Sebelum ini GOT berdepan dengan isu rakaman yang terlalu gelap yang dipertikaikan peminat. Kali ini timbul pula kontroversi Starbucks pula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]