Konsert terakhir Boyzone di Malaysia pada 14 Jun ini

Siapa yang tidak mengenali kumpulan Boyzone yang terkenal dengan lagu Love Me For A Reason suatu ketika dahulu?

Kini, konsert jelajah The Farewell Tour 2019 akan dianjurkan pada 14 Jun 2019, 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sesuai dengan nama konsert tersebut The Farewell Tour 2019, ia merupakan konsert terakhir kumpulan Boyzone setelah mereka melancarkan album terakhir mereka.

Mereka memulakan konsert jelajah The Thank You & Goodnight The Tour Farewell sejak Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah, Asia dan Malaysia adalah destinasi terakhir konsert jelajah ini.

Jika anda terlepas untuk berhibur di konsert ini, anda tidak akan berpeluang lagi untuk berhibur bersama mereka.

Ini kerana mereka mengambil keputusan untuk bersara dari persada muzik selepas konsert jelajah ini selesai.

Untuk pengetahuan anda, harga tiket bermula dari RM198, RM438, RM588 dan RM688 dan boleh dibeli dalam talian bermula dari 6 Mei hingga 19 Mei 2019 ini.

Menariknya, anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 5% jika membeli tiket awal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]