Resepi air lemon pudina, laici asam boi ‘fresh’ untuk berbuka!

Gambar Facebook.

Setiap kali tiba bulan puasa inilah masanya untuk anda menunjukkan kemahiran memasak dalam menyediakan juadah menyelerakan untuk seisi keluarga.

Dan ia termasuklah menyediakan makanan dan minuman seperti yang dijual di bazar Ramadan.

Salah satunya air ais lemon pudina yang “laku” dijual di bazar kerana mempunyai rasa yang segar dan sejuk di tekak apabila diminum setelah seharian berpuasa.

Pastinya anda mahu juga cuba bancuh sendiri air ini di rumah untuk berbuka puasa kan?

Jadi, jom kita cuba perkongsian ini.

RESEPI AIR AIS LEMON PUDINA DAN LEMON PUDINA LAICI ASAM BOI

  • Daun pudina RM2.00
  • Lemon 4 biji
  • Sunquick 100g
  • Serbuk Asam Knor 100g
  • Air Gula 1 liter

CARA-CARANYA

  1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja, hampas buang kemudian masukkan dalam bekas. Masukkan 1 liter air gula.
  2. Masukkan Sunquick dan serbuk asam knor dalam1 liter air panas. Kacau dan masukan dalam bekas air lemon tadi.
  3. Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak, hiris 1 biji lemon dan daun pudina..Kacau dan ia siap untuk minum.

NOTA!

  • Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
  • Kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak [email protected] kali.
  • Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
  • Boleh pelbagaikan jenis buahan tin @ buah segar ikut citarasa sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]