Pelakon Power Rangers Pua Magasiva ditemui mati

Pelakon Power Rangers, Pua Magasiva meninggal dunia pada usia 38 tahun.

Pelakon kelahiran New Zealand yang turut muncul dalam drama Shortland Street itu ditemui mati pada Sabtu.

Berita tragis itu disahkan oleh syarikat produksinya.

Pua melakonkan watak sebagai Shane Clarke, Ranger Wind Red dalam Power Rangers Ninja Storm, program televisyen francais ke-11 bagi adiwira itu.

Mayat Pua ditemui di Wellington, New Zealand dan polis masih menyiasat punca kematian.

Pua berkahwin dengan seorang guru, Lizz Sadler tahun lalu.

Sumber: Mirror UK

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]