Pertama kali gambar bulan mengambang Marikh berjaya dirakam

Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) buat kali pertama berjaya merakam bulan Phobos – 1 daripada 2 bulan di planet Marikh – yang sedang mengambang.

Gambar itu dikeluarkan NASA baru-baru ini memaparkan 3 titik berwarna pelangi yang seakan gula-gula.

Pencerapan berkenaan dijalankan sejak September 2017 dan boleh membantu ahli sains memahami apakah bahan yang menjadikan Phobos, bulan paling besar di Marikh.

Warna berkenaan dicerap menggunakan kamera infra merah obiter, mengambarkan perubahan haba akibat jarak rakaman.

Pesawat Obiter berkenaan dikenali sebagai Odyssey, misi jangka panjang NASA ke Marikh, dilengkapi kamera pengesahan haba yang mampu mengesan suhu dipermukaan ketika Phobos mengelilingi Marikh setiap 7 jam, lapor NASA.

“Imej baru ini kelihatan seperti titik suhu dengan paling panas di tengah dan semakin sejuk ke arah luar,” kata ahli sains Odyssey di NASA Jeffrey Plaut.

Pada 24 April tahun ini, kamera itu mencerap Phobos dengan matahari berada di belakang pesawat obiter itu.

Imej bulan penuh amat baik untuk mengkaji kompositi yang membentuk bulan berkenaan.

Data mengenai bagaimana besi dan nikel bercampur dengan mineral lain boleh membantu ahli sains menentukan sama ada Phobos terbentuk daripada tahi bintang yang terperangkap di situ atau longgokan serpihan Marikh yang terpelanting ke angkasa lepas akibat letusan berkurun dahulu, kata pasukan penyelidik.

Komuniti angkasa lepas kini berbincang untuk menghantar manusia ke Phobos untuk meneroka bulan berkenaan tidak lama lagi.

Mengenal pasti bahaya ketika pendaratan dan persekitaran angkasa lepas mungkin dapat membantu misi akan datang bagi membolehkan angkasawan mendarat di situ.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]