Berkesankah penggunaan suplemen tumbuh jambang?

Bukan sahaja wanita, lelaki juga sebenarnya sangat mementingkan penampilan.

Kini, trend lelaki berjambang sangat hangat.

Disebabkan itu juga, penjualan suplemen tumbuh jambang juga kian meningkat laris.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada produk ini sebenarnya berkesan atau tidak?

Sejauh manakah keberkesanan suplemen tumbuh jambang ini?

Kebanyakan suplemen tumbuh jambang di pasaran hari ini diiklankan dengan keupayaan menumbuhkan jambang tetapi tidak langsung menunjukkan bukti saintifik.

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang suplemen yang mampu menumbuhkan jambang jika lelaki itu memang tidak mempunyainya dari awal lagi.

Vitamin dan mineral yang wujud di dalamnya hanya akan menggalakkan pertumbuhan jambang yang sudah sedia ada pada muka anda.

Punca utama lelaki tidak berjambang genetik, kondisi kulit dan rendah hormon testosteron.

Jika genetik merupakan sebab anda tidak berjambang, suplemen tidak akan membantu.

Namun begitu, jika ia disebabkan oleh kekurangan nutrien, suplemen tersebut mungkin akan membantu.

Apa yang perlu ada dalam suplemen tumbuh jambang?

Sebenarnya, penjagaan diri perlu bermula dari dalam.

Apabila ia digabungkan dengan rutin kesihatan, suplemen tumbuh jambang yang bagus akan membantu anda menumbuhkan jambang yang diingini.

Untuk mencari suplemen yang lebih berkesan, cari suplemen yang mempunyai kandungan tersebut:

Beta-karotena

Ia boleh ditukarkan menjadi vitamin A apabila dicernakan oleh tubuh badan anda.

Nutrien ini akan merangsang penghasilan sebum, yang mampu melindungi kulit melawan kekeringan lalu menyediakan persekitaran yang baik untuk jambang tumbuh.

Vitamin D

Vitamin dari cahaya matahari ini sangat penting untuk membantu pertumbuhan rambut sambil menghalang pertumbuhan rambut tumbuh ke dalam.

Ia sangat diperlukan untuk menumbuhkan jambang terutamanya individu yang hidup di kawasan beriklim sejuk.

Biotin

Keratin – protein yang banyak dijumpai dalam rambut.

Asid amino faktor utama protein sementara biotin atau vitamin B7, akan membantu penghasilan asid amino dalam badan anda.

Pengambilan biotin yang banyak akan meningkatkan kelajuan pertumbuhan jambang.

Asid Folik

Nutrien ini membantu tisu dan sel anda kekal sihat, yang penting untuk pertumbuhan jambang.

Vitamin B12

Vitamin B12 atau cobalamin – vitamin yang penting untuk saraf dan sel darah. Ia membantu menguatkan sistem metabolisme dan mengeluarkan jambang yang kuat.

Vitamin C

Badan anda memerlukan vitamin C untuk menyerap kolagen dan protein sistesis.

Mengambil vitamin ini sangat penting untuk pertumbuhan jambang.

Vitamin E

Vitamin ini membantu menguatkan folikel rambut sekali gus mencipta persekitaran pertumbuhan jambang.

Zink

Zink sangat berkesan untuk mengekalkan tahap testosteron.

Memandangkan kadar testosteron rendah akan menjejaskan kemampuan anda untuk menumbuhkan jambang, zink boleh membantu.

Terdapat juga pelbagai lagi bahan-bahan yang terdapat dalam suplemen tumbuh jambang ini seperti cysteine, asid amino yang mengandungi sulfur dan resepi ayurvedic.

Selain itu, jangan lupa untuk rujuk terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis suplemen.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]