Bubur lambuk eratkan umat Islam di bulan Ramadan

Ahli persatuan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Ramadan sinonim dengan edaran bubur lambuk di kebanyakan tempat, dengan tujuan memperkukuh semangat kejiranan dan persaudaraan sesama Islam.

Kebanyakan mereka akan mengambil kesempatan untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan dengan menyediakan bubur lambuk.

Bubur nasi ini dimasak dengan pelbagai rempah, santan dan hirisan daging.

Lazimnya, ia menjadi hidangan pilihan untuk berbuka puasa.

Sebanyak 3000 hidangan bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Wakil persatuan mengedarkan bubur lambuk kepada mereka yang layak termasuklah golongan berpendapatan rendah B40.
Banyak persatuan yang merebut peluang untuk membuat edaran bubur lambuk sebagai sedekah di bulan puasa.

Juadah tersebut hanya akan dimasak, diedarkan dan dinikmati di sepanjang bulan tersebut, malah ada yang berbuka secara berjemaah dengan hidangan tersebut.

Secara umumnya, kemeriahan bubur lambuk ini dirasai di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Namun peluang ini turut diambil persatuan asnaf, usahawan, Wanita dan Ibu Tunggal Selangor (Pantas), MPP Zon 3 Majlis Daerah Kuala Langat, dan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang.

Sebanyak 3,000 bubur lambuk disediakan untuk penduduk sekitar, golongan berpendapatan rendah (B40), asnaf, usahawan wanita dan ibu tunggal.

Menurut Pengarah Biro Perhubungan dan Korporat Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM), Muhamad Hanis @ Hans Azman Atar berkata, ia sekaligus menjadi medium terbaik merapatkan hubungan silaturahim antara badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan penduduk.

“Kita mahu menjadikan acara ini sebagai program tahunan bagi merapatkan jurang antara golongan memerlukan agar tidak tersisih melalui program kebajikan,” katanya kepada FMT.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]