IPCMC mesti siasat polis Cawangan Khas dulu, kata aktivis

Menurut Suhakam, pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat merupakan mangsa kehilangan dipaksa yang dilakukan oleh polis Cawangan Khas.

PETALING JAYA: Polis Cawangan Khas mesti disiasat paling awal oleh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang bakal ditubuhkan, kata aktivis hak asasi manusia hari ini.

Rama Ramanathan daripada Citizens Against Enforced Dissapearances berkata, kerajaan persekutuan perlu berhenti “berlengah-lengah” dan bertindak segera menubuhkan sebuah pasukan petugas bebas bagi menyiasat secara terperinci kehilangan pastor Raymond Koh dan aktivis yang berpangkalan di Perlis, Amri Che Mat.

Pasukan petugas tersebut dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Bulan lepas Suhakam berkata bahawa Amri merupakan mangsa kehilangan yang dipaksa dan berpendapat “kehilangan yang dipaksa itu dilakukan oleh ejen negara, iaitu polis Cawangan Khas, Bukit Aman”.

Rama berkata, jika Cawangan Khas disiasat oleh IPCMC maka itu menunjukkan bahawa “ia memandang serius harapan orang ramai supaya nama baik cawangan itu dipulihkan”.

Rama Ramanathan.

Isteri Koh, Susanna Koh memberitahu FMT bahawa beliau gembira polis bersikap positif berhubung penubuhan IPCMC.

“Kita mahu tahu apakah yang berlaku ke atas pastor Raymond Koh dan individu lain yang hilang. Siapakah yang melakukannya dan di manakah mereka sekarang? Kenapa mereka melakukannya?

“Apabila kami berjumpa menteri dalam negeri selepas Suhakam membuat keputusannya, saya sendiri merayunya supaya menubuhkan sebuah pasukan petugas baru dalam masa sebulan. Sekarang dah lebih sebulan dan tidak ada berita bila ia akan ditubuhkan,” katanya.

Pada April, selepas menjalankan inkuiti awam selama 18 bulan, Suhakam meletakkan kesalahan ke atas polis Cawangan Khas kerana menyebabkan kehilangan paksa Koh dan Amri.

Koh dilarikan dari keretanya oleh lebih 10 lelaki pada 13 Feb 2017, sementara Amri hilang sejak 24 Nov 2016.

Susanna Koh.

Bekas ketua polis negara, Mohamad Fuzi Harun, yang mengetuai Cawangan Khas ketika itu berkata, polis “kecewa” apabila Suhakam mendedahkan keputusannya kepada umum.

Beliau juga berkata, polis akan menimbangkan tindakan terhadap suruhanjaya itu.

Jumaat lepas, polis akhirnya bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah badan pengawal selepas sekian lama menolaknya.

IPCMC tidak dijangka mempunyai kuasa pendakwaan, tetapi hanya akan mengendalikan isu disiplin, kata ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamad.

“Sebenarnya peranan IPCMC tidak akan melampaui kuasanya sebagai sebuah badan disiplin. Ia tidak mempunyai kuasa pendakwaan terhadap kes jenayah atau kes lain. Ia akan hanya mengendalikan kes disiplin (tata tertib).

Masayarakt awam dan Majlis Peguam sebelum ini supaya suruhanhaya yang akan ditubuhkan itu diberikan kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan bagi menjadikannya lebih berkesan.