
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, M Shahrul Ikram Yaakob, dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, Chee Wee Keong, kata Facebook kementerian hari ini.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 14 Mac, Malaysia dan Singapura akan melaksanakan 5 cadangan untuk menyelesaikan isu-isu maritim melibatkan had pelabuhan kedua-dua negara.
Kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa memastikan pelaksanaan 4 cadangan pertama dalam tempoh 1 bulan, dan rundingan untuk perbatasan sempadan maritim di kawasan itu akan bermula dalam tempoh 1 bulan selepas pelaksanaan sedemikian.
Sekiranya jawatankuasa itu tidak dapat mencapai penyelesaian secara aman mengenai perbatasan, Malaysia dan Singapura mungkin bersetuju secara bersama untuk menggunakan prosedur melalui pihak ketiga bagi penyelesaian, mengikut terma-terma yang dipersetujui bersama.
Bermula 8 April, Malaysia dan Singapura menggantung pelaksanaan had pelabuhan yang bertindih dan menggunakan had pelabuhan yang berkuatkuasa, masing-masing sebelum 25 Oktober 2018 dan 6 Disember 2018.
Tutut menghadiri mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Zainol Rahim Zainuddin; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim di Kementerian Luar Negeri, Adina Kamarudin; dan wakil pelbagai agensi Malaysia dan Singapura.