‘Indoor Plants’ jadi trend hiasan dalam rumah

Pengusaha Indoor Plants, Robiatuladawiyah Abd Rashad sentiasa menjaga kualiti setiap pokok sebelum dihantar ke pelanggan agar kualitinya masih sama dan tetap cantik.

Setiap orang menginginkan dekorasi kediaman yang cantik, termasuk ruang dalaman yang kini menjadi viral dengan hiasan “indoor plants”.

Terdapat pelbagai jenis “indoor plants” antaranya peace lily, zamioculcas, philodendron, ficus lyrata, kaktus, secculent, keladi dan lidah buaya serta tanaman hiasan jenis berbunga.

Namun yang mendapat sambutan kini peace lily.

Menurut Pengusaha MyPasu, Robiatuladawiyah Abd Rashad, “indoor plants” ini bertujuan untuk menambah seri persekitaran ruang dalam kediaman dan setiap jenis pokok mempunyai kelebihan tersendiri.

Indoor Plants “Peace Lily” paling mendapat sambutan dalam kalangan pembeli.

“Tanaman hiasan ini merupakan penapis udara semula jadi dan juga boleh menjadi terapi stress, malah banyak kebaikan boleh diperolehi dari setiap jenis pokok tersebut,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, “indoor plants” kini mendapat permintaan tinggi dan menjadi trend untuk dijadikan sebagai hiasan dalaman.

“Ramai pelanggan beli secara pukal dan ramai minta nasihat mengenai jenis pokok yang sesuai diletakkan di kediaman mereka. Antara pokok jadi pilihan peace lily, ficus lyrata, rubber plant, philodendron dan lain-lain,” katanya.

Ramai yang menggunakan Indoor Plants untuk disusun di tepi koridor supaya ruangan tidak nampak kosong.
Pokok hiasan berdaun hijau kini menjadi trend dan mampu mencetuskan mood segar serta menyerlahkan kediaman.

Perniagaan “indoor plants” oleh MyPasu kini kian tular dan semakin dikenali, justeru menyasarkan jualan 100 hingga 150 pasu sebulan.

MyPasu menawarkan harga pokok bermula RM30 hingga RM150 mengikut saiz.

Harga tersebut termasuk pasu seramik dengan rekaan terkini.

Indoor Plants mudah dijaga dan terdiri daripada pelbagai saiz pokok, membolehkan pelanggan memilih jenis pokok yang disukai.
Di samping menjadikan ia sebagai hiasan dalaman, pokok ini juga bertindak sebagai penapis udara semula jadi dan terapi stress.

Antara dapat sambutan hangat ialah peace lily dijual pada harga RM50 termasuk pasu bersaiz 50 hingga 70cm.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]