Penganalisis ingatkan nilai ringgit akan terus susut berbanding dolar AS

Berdasarkan pakar ekonomi yang dirujuknya Bloomberg menetapkan KDNK konsensus pada 4.3%. Malaysia merekodkan KDNK 4.7% pada 2018.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menjangka ringgit akan terus jatuh selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar faedah minggu lepas, dan sewaktu mata wang tempatan itu mencecah aras paling rendah berbanding dolar AS dalam tempoh setahun.

Pong Teng Siew, ketua penyelidik di Pacific Securities Sdn Bhd berkata, potongan kadar faedah itu tidak banyak membantu merangsang ekonomi kerana aras pendapatan sedia rendah.

“Dari segi korporat, hasil syarikat lemah dan tidak akan terdorong untuk meminjam,” katanya kepada FMT.

Ringgit merosot kepada RM4.17 berbanding dolar AS hari ini – aras paling rendah sejak setahun lepas.

Pong berkata, ringgit dijangka terus merosot.

“Kali terakhir BNM memotong kadar faedah ialah pada Julai 2016 di bawah gabenornya sebelum ini, Muhammad Ibrahim. Ringgit diniagakan pada aras RM3.85 berbanding dolar AS pada masa itu, tetapi 6 bulan kemudian, wang tempatan merosot kepada RM4.50.

“Saya fikir trend ini akan berulang kali ini.”

Mintak sawit mentah, yang menyumbang sebanyak 5 hingga 6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diniagakan pada harga RM2,000 satu tan, sementara harga minyak mentah belum mencapai aras yang lebih baik. Harga minyak pulih sedikit dan kini diniagakan sekitar AS$70 setong.

Perang perdagangan antara AS dan China juga memberi kesan ke atas Malaysia sebagai pengksport barang pertengahan. Tarif lebih tiggi bermakna harga lebih tinggi dan kurangnya permintaan, yang negatif kepada negara.

Indeks pasaran saham juga merosot di bawah garis psikologi 1,600 mata Isnin lepas untuk kali pertama sejak 21 Januari 2016. Pelabur asing telah menjual ekuiti berjumlah RM3.3 bilion sejak awal tahun ini.

BNM akan mengeluarkan angka ekonomi suku pertama 2019 (Q12019) esok. Berdasarkan pakar ekonomi yang dirujuknya Bloomberg menetapkan KDNK konsensus pada 4.3%. Malaysia merekodkan KDNK 4.7% pada 2018.