Waspada… Jangan berlapar jika ingin kurus

Ramai yang berita-cita untuk tampak lebih kurus menjelang hari lebaran ini supaya boleh memakai baju raya yang diinginkan.

Namun dalam usaha tersebut, tahukah anda membiarkan diri berlapar sewaktu “on diet” cara yang salah.

Beberapa teknik dan tips perlu diketahui supaya anda tidak tersalah teknik sekaligus gagal dalam perancangan anda untuk kurus.

Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut.

Tubuh akan mula membakar “muscle” (otot) untuk menggantikan makanan.

Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.

Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.

Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan.

Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL.

Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Minum 8 gelas air sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.

Sebelum makan makanan yang berat, cuba minum air, pastikan anda tidak makan dengan banyak.

Elak minuman bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.

Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air.

Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

Makan perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.

Ini kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Kunyah makanan kepada cebisan kecil

Anda perlu kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam dan biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Ambil makanan berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.

Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Hidup sihat sebenarnya datang dari “mindset” yang benar.

Bukan hasilnya yang penting, tapi prosesnya, bagaimana mereka mengubah gaya hidup anda.

Program diet yang sukses, diet yang menjadi gaya hidup yang menetap, bukan cuma 25 hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]