Ajar anak jangan terlalu ‘mesra’ dengan orang luar, peguam ulas kes liwat kanak-kanak

Ibu bapa tidak perlu memaksa anak-anak menunjukkan kasih sayang dengan memeluk atau mencium saudara-mara atau duduk di atas riba seseorang untuk mengelak daripada dicabul.

PETALING JAYA: Seorang peguam menggesa ibu bapa mengajar anak-anak mereka bahawa beberapa bahagian tubuh adalah peribadi, susulan laporan kes seorang warden sekolah tahfiz ditahan kerana didakwa meliwat 2 pelajarnya.

“Mereka perlu tahu ia bukan untuk satu dunia untuk dilihat atau disentuh,” kata Samantha Chong kepada FMT.

“Ianya okay untuk mengatakan tidak.”

Beliau juga menasihatkan ibu bapa tidak memaksa anak-anak menunjukkan kasih sayang dengan memeluk atau mencium saudara-mara atau duduk di atas riba seseorang.

“Membuat isyarat ‘high-five’ mungkin lebih sesuai. Kanak-kanak dapat bercerita apa yang berlaku kepada tubuh mereka,” katanya.

Menurut polis, warden terbabit, lelaki berusia 28 tahun dari Bandar Baharu di Kulim, Kedah, mengakui meliwat, mencabul dan mengganggu mangsa yang berusia antara 11 dan 15 tahun, secara seksual.

Dia direman sehingga 17 Mei.

Chong berkata sering kali, pendera akan mengugut mangsa, mengatakan mereka akan mencederakan mangsa atau ibu bapa jika kanak-kanak ini berterus-terang.

“Beritahu anak-anak anda ianya okay untuk berbohong kepada pendera dan segera laporkan insiden itu kepada anda.

“Anda akan lindungi dia dan pastikan pendera ditangkap,” katanya.

Bagi suspek yang didakwa di mahkamah, katanya, syarat tambahan boleh dikenakan untuk ikat jamin, menghalang mereka daripada bekerja dengan kanak-kanak tersebut sementara menunggu perbicaraan.

“Sebagai alternatif, timbalan pendakwa raya boleh mencadangkan mahkamah menolak ikat jamin mereka. Kemudian mereka akan terus ditahan reman,” katanya.

Chong menambah Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak membenarkan mahkamah menjatuhi hukuman terhadap seseorang dalam kedudukan amanah kepada mangsa sehingga 5 tahun penjara dan sekurang-kurangnya 2 sebatan, selain hukuman lain yang mungkin dijatuhkan.