Berkhatan melindungi lelaki homoseksual daripada HIV dan jangkitan kelamin

Bersunat atau berkhatan dalam kalangan lelaki merujuk kepada prosedur pembuangan kulit di hujung kepala zakar atau lebih dikenali sebagai kulup.

Berkhatan lebih dipraktikkan bagi mereka yang beragama Islam namun semakin ramai ibu bapa zaman sekarang memilih untuk mengkhatankan anak lelaki mereka untuk tujuan kesihatan, lebih daripada sekadar saranan agama.

Manfaat kesihatan berkhatan kepada si lelaki dan juga terhadap pasangan mereka sesuatu yang tidak dapat dinafikan.

Sains di sebalik manfaat kesihatan berkhatan ini turut mendorong Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), UNAIDS, Bank Dunia, Akedemi Pediatrik Amerika dan juga Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Amerika (CDC) untuk mencadangkan berkhatan sebagai salah satu polisi kesihatan.

Manfaat kesihatan berkhatan termasuklah:

  • Merendahkan risiko dengan kadar yang signifikan daripada 2 jangkitan kelamin yang lazim, virus herpes simplex jenis 2 (HSV-2), punca kepada herpes kelamin, dan human papillomavirus (HPV), punca kepada ketuat kelamin dan juga kanser serviks/pangkal rahim.
  • Perlindungan daripada kanser serviks, displasia serviks, dan juga penyakit jangkitan kelamin seperti chlamydia dan syphilis.
  • Pencegahan daripada balanitis (keradangan kepala zakar) dan balanoposthitis (keradangan kepala zakar dan juga kulup).
  • Pencegahan daripada phimosis (keadaan di mana kulup tidak mampu ditarik, mencekik kepala zakar)
  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.

Berkhatan juga membantu mempermudahkan penjagaan kebersihan zakar secara tak langsung, memastikannya bebas jangkitan.

Malah, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersunat dengan mereka yang bersunat, didapati bahawa lebih banyak titik jangkitan dan titik pembiakan jangkitan sekitar kemaluan mereka yang tidak bersunat sekaligus meningkatkan lagi risiko penyebaran HPV.

Bekhatan dan lelaki homoseksual

Walaupun manfaat kesihatan daripada berkhatan lelaki heteroseksual sangat jelas, masih banyak yang tidak diketahui tentang peranan perlindungan berkhatan terhadap penyebaran penyakit jangkitan kelamin dan HIV dalam kalangan lelaki homoseksual/lelaki yang menjalinkan hubungan kelamin dengan lelaki.

Awal bulan ini, sebuah penilaian sistematik dan meta-analisis data global yang menyiasat hubung kait antara berkhatan dalam kalangan lelaki homoseksual dan juga perlindungan daripada penyakit jangkitan kelamin, telah diterbitkan dalam bahagian kesihatan global jurnal The Lancet.

Merentasi 62 kajian pemerhatian yang membabitkan sehingga 119,248, penilaian sistematik ini menemui kaitan antara bersunat dengan penurunan risiko jangkitan HIV sebanyak 23% dalam kalangan lelaki homoseksual secara keseluruhan.

Tambahan lagi, berkhatan juga didapati memainkan peranan perlindungan daripada jangkitan HIV dalam kalangan mereka daripada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun peranan perlindungan ini tidak berjaya ditemui di negara berpendapatan tinggi.

Selain itu, bersunat juga dikaitkan dengan pengurangan kemungkinan mendapat jangkitan virus herpes simplex (HSV) dan juga penurunan kemungkinan jangkitan HPV zakar dalam kalangan lelaki homoseksual yang telah dijangkiti HIV.

Pasukan pengkaji menterjemah dapatan-dapatan ini sebagai bukti bahawa berkhatan memainkan peranan perlindungan bagi MSM daripada jangkitan HIV, khususnya mereka yang berasal daripada negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam aspek penting tertentu, peranan perlindungan berkhatan dalam kalangan lelaki heteroseksual hampir sama dengan peranan perlindungannya dalam kalangan lelaki homoseksual.

Namun risiko jangkitan kelamin tidak boleh dipandang enteng.

Justeru, perlindungan dan langkah berjaga-jaga lain perlu dipraktikan bagi membendung atau mengurangkan risiko transmisi jangkitan kelamin termasuk HIV.

Melihat kepada manfaat tambahan bersunat ini, pengkaji mencadangankan bahawa golongan lelaki homoseksual perlu dimasukkan sebagai kumpulan fokus atau kumpulan berkepentingan dalam kempen berkhatan khusunya dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Merujuk kepada pecahan besar golongan tersebut di negara yang turut menjalinkan hubungan seks dengan wanita, kajian longitudinal yang dirangka dengan baik yang dapat membezakan lelaki homoseksual sahaja dan lelaki biseksual juga perlu dalan memperhalusi kesan berkhatan dalam penyebaran jangkitan HIV dan penyakit jangkitan kelamin.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]