Gambar bomba buka puasa, solat tepi jalan viral di media sosial

Di kala rakyat Malaysia sedang berbuka puasa di rumah dan restoran, sekumpulan ahli bomba turut melakukan perkara yang sama namun bezanya mereka berbuka di tepi jalan raya ketika menjalankan tugas.

Gambar itu viral di laman sosial di mana ia menunjukkan anggota keselamatan itu berbuka puasa selepas memadam kebakaran.

Gambar itu juga menunjukkan mereka solat berjemaah menggunakan uniform mereka.

Ia menjadi viral selepas dimuat naik oleh Tengku Mohd Ihsan dan dikongsi oleh rakan dari kumpulan bomba Malaysia.

Gambar itu mendapat respon daripada beberapa individu lain yang turut menceritakan pengalamannya yang menjalankan tugas ketika berpuasa.

Mohd Abe Joe berkata puasanya tidak menjadi sempurna kerana terpaksa bergegas menjalan tugas untuk memadam kebakaran.

“Ada satu waktu saya baru nak makan kari, saya tak sempat minum air lagi, siren bomba dah berbunyi, saya melompat terus masuk ke dalam trak.

“Selepas saya balik dari operasi tersebut, saya meletakkan tangan di dalam poket, baru saya teringat yang tak dapat makan kari tersebut,” komennya.

Pengguna Facebook, Reen Muhammad berkata beliau turut teringat seorang rakannya yang membatalkan rancangan untuk makan bersamanya kerana dipanggil untuk menjalankan tugas.

“Kami dah rancang untuk sahur bersama, tapi saya tunggu dan dia tak datang, WhatsApp pun tidak berbalas, telefon pun tidak dijawab.

“Saya tak masak apa pun, jadi saya hanya makan kurma dan minum air sahaja.

“Kemudian dia hubungi saya dan menyatakan ada kes yang perlu dia selesaikan dan saya kata okay. Kalau tidak saya akan marah kepadanya, ketika itu muka dia agak merah dan keletihan.

“Hargai kesemua hero-hero ini,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]