Jangan beri semua maklumat dalam Facebook dating!

Laman sosial Facebook bukan sahaja tempat untuk membina rangkaian dengan rakan baru, namun juga untuk mencari pasangan.

Ini kerana ramai dalam kalangan netizen sudah menggunakan Facebook untuk mengadakan temujanji, dan ia memberi respon positif, namun ada juga sebaliknya.

Secara umumnya, fungsi temujanji atau istilahnya “dating” ini dibangunkan bagi membantu pengguna Facebook mencari pasangan atau jodoh melalui dalam talian.

Fungsi ini terbina terus di dalam Facebook tanpa perlu memuat turun aplikasi secara berasingan.

Apabila fungsi “dating” ini diaktifkan, anda dapat melihat cadangan pasangan yang dipamerkan mengikut spesifikasi pengguna itu sendiri dalam lingkungan jarak maksimum 100km.

Namun apa perlu ditekankan bagaimana ia berfungsi, dan apakah langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan jika anda bercadang untuk menggunakannya sebagai alternatif mencari pasangan.

1. Jangan dedahkan nama penuh, maklumat kewangan, alamat, nombor telefon, tempat bekerja atau apa-apa sahaja informasi semasa anda sedang berbual dengan seseorang yang baharu dikenali.

Lapor segera sekiranya terdapat individu yang meminta maklumat peribadi anda.

2. Abaikan permintaan sesiapa yang menginginkan anda untuk menghantar wang atau menghulurkan bantuan derma.

3. Jangan terlalu mempercayai maklumat yang dipaparkan oleh mana-mana individu di profil Facebook “dating”. Selidik terlebih dahulu latar belakang mereka sekiranya bercadang untuk bersemuka.

4. Maklumkan kepada keluarga atau kenalan mengenai perancangan janji temu anda dengan menyatakan lokasi dan masa anda akan pulang semula ke rumah.

5. Elakkan bertemu di kawasan yang sunyi. Sebaiknya di kawasan terbuka dan di khalayak ramai.

6. Sekiranya dari awal lagi anda berasa tidak selesa atau selamat untuk berjumpa dengan individu berkenaan, batalkan sahaja niat itu! gerak hati kadang kala mampu menyelamatkan kita.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]