Penjawat awam terima bantuan Raya RM450 minggu depan

Kerajaan persekutuan berkata, bantuan khas yang dianggarkan berjumlah RM855 juta kepada penjawat awam dan pesara akan dibayar pada 24 Mei ini.

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hampir 1.5 juta penjawat awam bergred 56 dan ke bawah akan menerima bantuan khas sebanyak RM450 pada Jumaat depan sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hampir 800,000 pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM225 pada minggu depan.

“Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM855 juta,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.