5 kuih unik edisi terhad Ramadan perlu cuba

Jika anda sememangnya suka mencari makanan yang unik, anda perlu mencuba setiap kuih yang “direka” khas oleh kafe khas sempena bulan Ramadan.

Terdapat beberapa kuih tradisional yang dimodenkan sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan anda perlu mencubanya kerana ia edisi terhad selama sebulan sahaja.

Jika anda terlepas pandang, di sini terdapat beberapa kuih yang dimodenkan oleh beberapa kafe yang boleh kita kongsikan bersama anda!

1. Apam balik pizza-pezzo pizza

Anda jangan ketinggalan untuk merasai apam balik yang unik! Selain daripada pizza berperisa pepperoni atau margherita, anda juga boleh menikmati pizza ini yang dihiasi dengan keju penuh berkrim, pandan kaya, kacang tanah, jagung manis, kelapa kering dan mozzarella keju.

Topingnya – ramuan biasa yang digunakan dalam apam balik.

Harga : RM8.90 sekeping, RM49.90 untuk satu pizza.
Promosi : Sepanjang Ramadan.

2 .Sambal crabstick Mayonnaise donut- Big Apple Donut

Kebiasaannya donut dijual manis dengan gula atau disaluti dengan coklat. Tetapi adakah anda pernah mencuba donut yang topping tradisional? Anda pasti akan teruja dengan Donut Big Apple edisi terhad dimana ia meletakkan sambal dan mayonis yang memberi rasa yang cukup enak!

Harga : RM2.80 sekeping
Promosi : Selagi stok masih ada di semua cawangan

3 . Onde-onde muffin – Starbucks

Salah satu kuih tradisional yang ditukar menjadi kuih moden – muffin onde-onde! Anda hanya boleh mendapatkannya di Starbucks sahaja istimewa hanya di bulan Ramadan dan rasanya begitu sedap sama seperti warnanya yang begitu hijau!

Harga : RM8.20 sekeping
Promosi : Selagi stok masih ada di semua cawangan

4. Kurma Pearl Milk Tea/Kurma De Chocolate/ Kurma pisang milk tea- Chatime

Nikmati Ramadan anda dengan Chatime, merasai perisa baru iaitu kurma pearl milk tea, kurma de chocolate dan kurma banana milk tea.

Ia bukan sahaja berperisa baru, malah perisa ini memberi kesihatan dan tenaga kepada anda sepanjang bulan Ramadan.

Harga : RM9.90
Promosi : Sehingga 30 Jun 2019

5. Organik Nasi Lemak wrap- O’briens Irish Sandwich Cafe

Sihat, sedap dan unik dengan citarasa rakyat Malaysia, makanan tradisi nasi lemak, telur dan sambal dibalut kesemuanya dan digigit dalam satu masa yang sama, anda perlu mencubanya!

Harga : RM17.90
Promosi : Sepanjang Ramadan

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]