Anda boleh maut jika tidak dapat 16% oksigen

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititiberatkan semasa merancang perjalanan anda pulang ke desa pada hari raya ini.

Selain kondisi kereta, cara pemanduan yang selamat, anda juga perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memandu pada jarak jauh.

Namun, jika anda berasa letih, adalah lebih baik untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan bagi mengelakkan kemalangan.

Bagaimanapun terdapat beberapa perkara utama yang perlu diketahui sebelum anda berehat ataupun tidur untuk beberapa minit di dalam kereta.

Anda perlu pastikan buka semua cermin tingkap kereta sedikit dan lebih baik tutup enjin serta penghawa dingin.

Jika dibiarkan enjin hidup dan kereta tidak bergerak, boleh menyebabkan suhu kenderaan anda meningkat dan pada masa yang sama jika dimatikan enjin dapat menjimatkan minyak kereta.

Selain itu, setiap individu perlukan udara untuk hidup iaitu sebanyak 16% oksigen dan jika kurang daripada itu anda boleh lemas dan pengsan.

Jika anda tidak membuka cermin kereta dan hanya menyedut udara yang ada dalam kereta, lama kelamaan oksigen akan berkurangan daripada 16%, menyebabkan darah tidak boleh menerima udara kurang dari 16% dan ia boleh membawa maut.

Jadi anda perlu berhati-hati dan sampaikan pesanan ini kepada rakan dan ahli keluarga supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]