Anwar sertai solat jenazah pejuang hak pengguna SM Idris

Jenazah SM Mohamed Idris dibawa keluar dari Masjid Jamek Hashim Yahya di Jalan Perak, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN: Beberapa personaliti terkenal hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris yang meninggal dunia semalam pada usia 93 tahun.

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak pada jam 10.45 pagi, disaksikan waris terdekat, Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mahfuz Omar.

Anwar dan lebih 500 yang lain sebelum ini melakukan solat jenazah untuk jenazah Idris sebelum beliau dikebumikan bersama ahli keluarganya lain yang telah meninggal dunia.

Bercakap kepada pemberita, Anwar menganggap Idris sebagai “penganut Islam yang sederhana dan alim”, yang menurutnya jarang ditemui ketika ini.

Beliau berkata, selain menjadi pengguna, Idris adalah pejuang untuk keadilan dan reformasi di negara ini.

“Idris adalah legenda dan gergasi. Dia tidak boleh dipisahkan sebagai seseorang yang memperjuangkan hak pengguna.

“Dia menjelaskan pertahanannya terhadap alam sekitar dan terhadap ketamakan, kerana pembangunan yang berlebihan yang tidak menghiraukan nasib orang miskin,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertua Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas ketua menteri Koh Tsu Koon memberi penghormatan terakhir kepada Idris di rumahnya di Rose Avenue.

Exco dan Adun juga berada di sana.

Idris dimasukkan selama 2 minggu di Pusat Perubatan Gleneagles di Jalan Pangkor, 2 minggu yang lalu kerana jangkitan paru-paru.

Mereka yang rapat dengannya berkata beliau sangat bersemangat dan dapat berbual dengan normal sebelum kematiannya pada jam 4.45 petang semalam.

Idris lebih dikenali sebagai presiden pengasas CAP dan Sahabat Alam Malaysia, NGO alam sekitar, sejak 50 tahun lalu.