Beri lebih banyak pinjaman kepada peniaga kecil, Guan Eng beritahu bank

Menteri Kewangan Lim Guan Eng bercakap kepada pemberita di Masjid Kampung Bharu, Air Hitam, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menggesa bank dan badan kewangan memberi lebih banyak pinjaman kepada industri kecil dan sederhana yang berkembang serta peniaga kecil bagi menghadapi kesan perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China.

“Dengan cara ini, akan ada aliran tunai dalam kalangan perniagaan bagi memastikan adanya kredit pusingan dan kredit cair,” katanya kepada pemberita dalam satu lawatan ke kawasan pilihan raya beliau di Masjid Kampung Bharu di Jalan Air Hitam di sini.

Lim juga menggesa badan kewangan supaya melonggarkan syarat pinjaman perumahan kepada pembeli rumah pertama dengan berkata, industri perbankan memainkan peranan penting dalam memastikan kewangan negara berada dalam keadaan sihat.

Beliau berkata, ekonomi negara berada dalam keadaan baik berikutan pertumbuhan luar jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5% berbanding unjuran awal 4.1% oleh badan kewangan antarabangsa.

Lim juga berkata, kerajaan komited menyokong pembangunan Islam dengan merujuk kepada peruntukan tambahan RM100 juta untuk tujuan itu, menjadikan jumlahnya sebanyak RM1.2 bilion.

Terdahulu Lim menyampaikan hamper barang keperluan kepada 100 keluar kurang berkemampuan dan warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang diwakilinya.