Anwar, Kit Siang pengerusi kaukus cadang tingkatkan kebajikan polis

Antara cadangan meningkatkan kebajikan polis adalah menyediakan elaun khas untuk anggota PDRM yang ditempatkan di bandar-bandar utama bagi mengatasi kos sara hidup. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kaukus Parlimen mengenai Tadbir Urus dan Reformasi Institusi adalah untuk mengkaji Laporan Suruhanjaya Polis Diraja 2005 untuk meneliti sama ada 11 cadangannya untuk meningkatkan kebajikan polis dilaksanakan.

Kaukus itu dipengerusikan Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Iskandar Puteri, Gelang Patah, malam tadi.

Lim berkata beliau akan mencadangkan pada sidang Parlimen akan datang bahawa polis diminta membentangkan laporan kemajuan mengenai cadangan suruhanjaya diraja itu.

“Cadangan ini akan meningkatkan kebajikan anggota polis di negara ini, sebagai sebahagian daripada program untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai pasukan polis bertaraf dunia untuk memastikan rakyat Malaysia selamat daripada jenayah,” katanya.

Lim berkata satu lagi cadangan utama suruhanjaya itu – penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis Bebas (IPCMC) – yang dipersetujui oleh polis dan Ketua Polis Negara yang baru, Abdul Hamid Bador.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan Rang Undang-Undang IPCMC akan dibentangkan kepada Parlimen pada akhir tahun ini.

Suruhanjaya Polis Diraja diketuai bekas ketua hakim Mohamad Dzaiddin Abdullah dan bekas ketua polis negara, Hanif Omar.

11 cadangan untuk meningkatkan kebajikan polis adalah:

1. Penugasan anggota polis ke dalam jawatan yang memerlukan kecekapan polis dalam peranan dan pentadbiran kepolisan;

2. Menyediakan elaun khas untuk anggota PDRM yang ditempatkan di bandar-bandar utama, seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town, untuk mengatasi kos sara hidup yang lebih tinggi di sana;

3. Penambahbaikan pusat latihan PDRM semasa (Pulapol) dan meningkatkan pelaburan ke atas latihan anggota;

4. Melaksanakan perancangan kerjaya untuk semua anggota PDRM untuk meningkatkan motivasi dan komitmen mereka, dan juga menukar pegawai yang sesuai untuk jawatan pengurusan tertinggi;

5. Menyelesaikan masalah kenderaan PDRM yang tidak mencukupi dan usang. Suruhanjaya mencadangkan PDRM melupuskan kenderaannya selepas 5 tahun;

6. Meningkatkan saiz kenderaan peronda untuk membolehkan kehadiran polis dan rondaan yang lebih besar;

7. Menyediakan dana yang mencukupi untuk bahagian senjata untuk menggantikan senjata lama yang mahal bagi penyelenggaraan, melabur dalam skuad bom PDRM, mendapatkan lebih banyak jaket kalis peluru dan senjata non-lethal, dan membina kemudahan penyimpanan senjata baru yang jauh dari tempat tinggal;

8. Mengenalpasti pasti perumahan polis yang lama dan penyelenggaraan yang teruk, sama ada memulihkan atau menggantikannya jika tidak menjimatkan;

9. Mengenalpasti lokasi di mana perumahan yang sangat diperlukan untuk kakitangan PDRM;

10. Jika tanah berada di unit perumahan premium dan bangunan terlalu mahal, kerajaan disyorkan untuk memperoleh bangunan seperti pangsapuri yang akan disewakan kepada kakitangan PDRM; dan

11. Menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk menyelengara premis polis, termasuk stesen polis yang usang.