Bufet Ramadan di Element KL tampilkan konsep ‘Ayahku Tukang Masak’
Berbuka puasa di Element KL pastinya menjanjikan kepuasan maksima.
Berkonsepkan bangunan mesra ekosistem tertinggi di Kuala Lumpur Element by Westin Kuala Lumpur menawarkan lebih 50 hidangan mewah secara bufet sepanjang Ramadan ini.
Terletak di aras 40, restoran dan bar Trace menyajikan hidangan bufet Ramadan dengan tema “Ayahku Tukang Masak”.
Ia sudah pasti menjanjikan satu pengalaman yang istimewa dan terindah bagi mereka yang berkunjung dan memilih untuk berbuka puasa disitu.
Malah Kepakaran Chef Man dan rakan chef yang lain akan membawa nostalgia klasik “keluarga kampung” dalam menikmati makan malam sambil ditemankan bulan dan bintang di awan.
Bermula dengan hidangan salad segar yang terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah betik dan daging salai hinggalah ke salad tradisi kampung iaitu kerabu betik muda, kerabu daging dan kerabu ayam cendawan disertakan bersama pelbagai jenis sos yang bersesuaian mengikut citarasa masing-masing sambil menikmati susunan dan dekorasi yang digunakan dalam mengenengahkan konsep kampung.Bagi mereka yang gemar makan nasi bersama lauk pauk sudah pasti hidangan yang disediakan Element Kuala Lumpur akan membuatkan anda merasakan seperti makan di kampung bersama keluarga.
Dan hidangan yang betul-betul mencuri perhatian dan lazat adalah ikan masin masak lemak pisang yang ternyata sungguh lemak dan pedas secukup rasa.
Turut dihidangkan Ayam Masak Ross, Rendang Daging Minang dan Udang Goreng Jintan Berempah.
Tidak habis disitu apabila keenakan bau kuah Assam Laksa memanggil-manggil untuk dirasa.
Dan selain Assam Laksa terdapat juga pelbagai jenis mee dan bihun disediakan bersama dengan pelbagai jenis sup ikut selera masing-masing.
Apabila menggunakan tema “Ayahku Tukang Masak” sudah pasti semua yang terlibat adalah daripada kaum lelaki dan kemuncak kepada hidangan berbuka puasa nanti adalah kemeriahan “Bapa Ku” stesen panggang.Pelbagai jenis daging disediakan iaitu daripada “premium sirloin steak”, “lamb chop”, “chicken escallops” dan makanan laut dan ia dihidangkan dengan perasa khas resepi Chef Element Kuala Lumpur sendiri.
Acara kemuncak disaat Chef Man membuat penampilan bersama sebuah troli yang terhidang daging kambing dan lembu “Bbq Beef Brisket”.
Daging kambing dan lembu yang diperap menggunakan bahan khas dan distim selama 4 jam sebelum ia dibakar di depan pelanggan bersama-sama dengan sayur dan nenas yang telah dipanggang.
Keenakan daging kambing dan lembu ini cukup membuatkan sesiapa sahaja yang merasanya berpuas hati tahap maksima dengan kelazatan dan kelembutan daging tersebut.
Inilah satu-satunya pengalaman berharga berbuka puasa di langit tinggi bagi sesiapa sahaja yang menikmati hidangan di Element Kuala Lumpur.
Restoran Trace juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut.
Dan antara hidangan yang pasti membuatkan semua ingin mencuba serawa durian bersama dengan roti arab yang ternyata membuatkan semua pelanggan tersenyum sambil mengakui ia sedap dan menepati citarasa.
Kesemua hidangan ini, Element Kuala Lumpur menawarkan ia pada harga RM148 nett untuk dewasa dan RM74 untuk kanak-kanak bermula 6 petang sehingga 10.30 malam bermula 7 Mei hingga 2 Jun.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba berbuka puasa di awan bertemankan bulan dan bintang serta pemandangan kotaraya yang menarik.
Mereka yang berbuka disini juga berpeluang membawa pulang rempah daging yang disediakan Chef Man untuk dicuba di rumah.
Untuk tempahan, sila hubungi 603 2771 3351
Hadiah percuma!
FMT akan memberikan 2 baucar hidangan berbuka puasa di Element KL.
Waktu terhad: Cepat, promosi ini hanya sah dari hari ini hingga 26 Mei. Pemenang perlu mendapatkan baucar mereka dari Element KL terlebih dahulu dan membuat tempahan.
Bagaimana untuk menang: ‘Like-Tag-Answer’
Pergi ke halaman FMT OhSem di Instagram (@fmtohsem) dan klik pada “follow”.
Tag tiga kawan-kawan anda yang suka makan.
Jawab tiga soalan di bawah di bahagian komen halaman Instagram FMT OhSem.
S1: Di mana restoran dan bar Trace?
S2: Apakah gelaran stesen panggang restoran Trace?
S3: Lengkapkan ayat ini dengan kurang daripada 10 perkataan “Saya suka Element Hotel Kuala Lumpur kerana ….”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]