Pengeluar smartphone Xiaomi kini hasilkan SUV

Siapa sangka satu jenama yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar kini mula beralih kepada pengeluaran kereta.

Xiaomi mula memperkenalkan model pertama kereta mereka apabila berjaya menghasilkan SUV rekaan sendiri dan diberi nama Xiaomi Redmi Car.

SUV Xiaomi Redmi Car ini dihasilkan dengan kerjasama bersama FAW di China yang juga pengeluar automotif.

Model ini turut membawa konsep rekaan Bestune T77 dan dikuasai enjin 1,200cc berkuasa turbo yang mampu memberi kuasa 143hp dan 204 Nm tork.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan bila ia akan dibawa masuk ke Malaysia.

Di China ia dijual dengan harga bermula pada CNY89,000 atau RM55,206.23.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]