Hotel EQ perkenal ‘Nostalgia Nipah’ sempena Ramadan
Aroma indah masakan seperti di rumah menggamit di bufet Ramadan di Nostalgia Nipah.
Sebaik tiba sahaja waktu makan, pasti aroma indah masakan dari rumah akan mengingatkan restoran di hotel EQ yang sudah pasti akan membuatkan anda berasa terus lapar.
“Nostalgia Nipah Ramadan” kini sedang menawarkan promosi sehingga 2 Jun 2019, dimana hidangan masakan kepakaran dari seluruh Malaysia.
Kari laksa menjadi ikon resepi hotel EQ ini akan membawa anda pulang ke zaman 80-an, dan menjadi kegemaran setiap pelanggan selama 3 dekad yang lalu.
“Ia menjadi kegemaran pada setiap masa dan kami berharap agar cinta, persahabatan dan kebersamaan akan bertahan lama bersama kami,” kata Pengurus Besarnya, Robert Lagerwey.
Nostalgia Nipah boleh dinikmati setiap hari sepanjang bulan Ramadan dan malah turut menyediakan hidangan bagi acara seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka dan karnival jalanan.
“Pasukan masakan kami menyediakan pilihan di semua stesen makanan dimana anda boleh merasai setiap satu daripadanya termasuklah daging lembu, ayam atau sup kambing, Roti Canai, Murtabak Ayam, Popiah Basah, atau Rojak yang popular, juga tidak lupa Ais Kacang.”
“Waktu berbuka puasa anda tidak akan lengkap tanpa merasai keenakan Kambing Golek dengan pelbagai rempah yang berbeza pada setiap hari.”“Anda juga boleh melihat asap BBQ, datang dari satay yang dihidangkan di hadapan anda.”
Barisan stesen bufet juga dilengkapi dengan makanan lain yang terdiri daripada lebih 100 hidangan.
Menu lain termasuklah Briyani Gam, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Goreng Berempah, Sambal Udang Petai, Ayam Tikka Masala dan Ikan Kukus Pedas.
“Perjalanan anda pasti tidak lengkap dengan merasai setiap ‘signature’ dari Hotel EQ iaitu mee kari, yang dicipta khas oleh chef terkemuka dimana ia menggunakan Udang harimau dalam menu tersebut, bersama udang kering dan campuran herba rahsia serta rempah yang dimasak perlahan selama empat jam untuk menghasilkan kuah yang kaya dengan rasa ‘seafood’ yang sungguh menyelerakan.”
Satu lagi menu yang anda tidak boleh lepaskan ialah makanan laut di atas ais dengan kerang segar, udang harimau yang membuatkan anda ingin bertambah lagi dengan menu tersebut.
Bagi anda yang prihatin tentang kesihatan, anda boleh mengambil ulam-ulaman kampung dan Kerabu Mangga atau pilihlah dari pelbagai jenis salad dan sajian vegetarian yang ditawarkan.
Pelbagai keropok ikan, keropok ubi kayu, papadom, Kerepek Pisang dan Ubi Kayu juga disediakan untuk anda sebagai snek yang terbaik.
Sebagai pencuci mulut, pelbagai kuih melayu disediakan.
Rasai semangkuk Sago Gula Melaka yang menyegarkan, Bubur Pulut Hitam atau Cendol Pulut.
Bagi kanak-kanak, mereka boleh merasa ais krim yang disajikan dan ambillah sebanyak mana yang mereka inginkan, dengan pelbagai topping yang boleh diletakkan diatas aiskrim tersebut.
Hadiah percuma!
FMT akan memberikan 2 baucar hidangan berbuka puasa di EQ Kuala Lumpur.
Masa terhad! Pemberian ini bermula sekarang, dan pemenang perlu mengutip baucar mereka dari EQ Kuala Lumpur terlebih dahulu dan membuat tempahan sebelum tarikh tempahan mereka.
Promosi EQ Kuala Lumpur “Nostalgia Nipah” hanya sah sehingga 2 Jun, jadi buatlah tempahan anda dengan cepat.
Bagaimana untuk menang: ‘Like-Tag-Answer’
Pergi ke halaman FMT OhSem di Instagram (@fmtohsem) dan klik pada “follow”.
Tag tiga kawan-kawan anda yang suka makan.
Jawab tiga soalan di bawah di bahagian komen halaman Instagram FMT OhSem.
S1: Apakah yang dimaksudkan oleh restoran EQ Kuala Lumpur?
S2: Apakah hidangan ikonik EQ Kuala Lumpur?
S3: Lengkapkan kenyataan ini dengan kurang daripada 10 perkataan: “Saya suka EQ Kuala Lumpur kerana …”
Cepat, buat tempahan makan malam anda Nostalgia Nipah boleh didapati setiap hari sehingga 2 Jun, 2019 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam dan harga seperti berikut:
Selera Warisan RM178 setiap orang untuk bufet makan malam di Restoran Nipah Sajian Kasih, manakala RM188 setiap orang untuk makan malam di bilik eksklusif EQ untuk 50 orang dan ke atas.
Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 makan pada 50%.
Diskaun khas diberikan kepada mereka yang membuat tempahan pada minggu pertama dan terakhir Ramadan.
Untuk tempahan sila hubungi +60 (3) 2789 7777.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]