Individu mengamuk rebut tempat buka puasa di Madinah memalukan

Secara umumnya tempoh berpuasa pada setiap negara berbeza, ada yang singkat malah ada yang mencecah sehingga 15 jam.

Namun dalam menahan lapar dan dahaga bagi tempoh yang panjang, pasti ada dugaan akan dihadapi golongan muslim, khususnya menahan amarah.

Ini kerana puasa di bulan Ramadan bulan untuk melatih diri bersifat sabar dan lebih mendekatkan diri dengan tuhan daripada urusan kerja yang sememangnya sibuk setiap hari.

Jadi urusan kerja itu perlu dihadkan dalam tempoh sebulan untuk meletakkan ibadah sebagai keutamaan di bulan Ramadan.

Seperti kejadian berlaku di sebuah masjid di Madinah, terdapat beberapa individu yang mengamuk kerana berlaku perselisihan faham tentang tempat duduk untuk berbuka puasa yang telah ditetapkan.

Namun perselisihan itu kemudiannya menjadi perbalahan apabila mereka cuba mengangkat kerusi dan melemparkannya kepada orang awam.

Kejadian itu dikongsi dalam laman sosial Twitter minggu lalu dimana ia berlaku di luar kawasan masjid Al-Ghamama di Arab Saudi, Madinah.

Akhirnya ia menyebabkan banyak benda yang berselerak dan terjejas sebelum waktu berbuka puasa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]