6 fakta Volkswagen Beetle anda perlu tahu

Bagi peminat kereta, Volkswagen Beetle bukanlah satu jenama yang asing.

Model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) itu mula dikeluarkan sejak 1938 dan pengeluaran terakhirnya pada 2003.

Ini model original atau lebih dikenali sebagai Original Beetle.

Volkswagen Beetle mudah dikenali sebagai kereta keluaran Volkswagen kerana bentuknya yang unik dan “compact”.

Tapi tahun lalu, Volkswagen mengeluarkan kenyataan model The Beetle akan ditamatkan sepenuhnya pengeluaran pada tahun ini.

Ini antara perkara yang anda kena tahu tentang Volkswagen Beetle.

1. Nama berbeza mengikut negara

Menarik kan? Kalau anda nak tahu Volkswagen Beetle atau Bug mula mendapat nama rasminya 30 tahun selepas dilancarkan.

Lama kan? Sebenarnya, kereta ini mula dikenali sebagai Porsche Type 60 sebelum ditukar Volkswagen Type 1.

Nama Beetle hanya diperkenalkan pada 1968.

Tapi, waktu itu masyarakat seluruh dunia dah mula bagi nama-nama unik kepada Beetle kerana bentuknya yang menyerupai haiwan dan serangga.

Kalau di Indonesia, Hong Kong, Thailand dan Malaysia Volkswagen Beetle sering dirujuk sebagai kodok atau kura-kura.

Di Britain pula, nama Beetle tak pernah digunakan secara rasmi kerana lebih dikenali sebagai “Type I”.

Malah di Jerman pun Beetle dipanggil “Kafer” iaitu kumbang dalam bahasa Jerman.

Di Brazil, Paraguay dan Uruguay ia dikenali sebagai “Fusca”.

Manakala di Argentina, Chile, Colombia, Paraguay, Peru, Spain, Uruguay, El Salvador, Costa Rica dan Venezuela, kereta ini dikenali sebagai “Escarabajo” serta di Republik Dominic ia dikenali dengan nama “Cepillo” yang bermaksud berus.

Walau apapun nama dia, satu dunia tahu yang kereta ni keluaran Volkswagen.

2. Volkswagen boleh terapung atas air

Betul, tak tipu! Memang Volkswagen Beetle boleh terapung atas air tapi untuk beberapa minit saja.

Volkswagen Beetle boleh terapung atas air kerana bahagian bawah rekaan asal kereta disaluti dengan keluli.

Jadi, tiada bahagian yang terbuka di bawahnya. Sebab itulah kereta ini boleh terapung sekejap.

Volkswagen juga pernah mengeluarkan iklan yang mendakwa keretanya kedap udara dan boleh terapung.

Tapi diakhir iklan, mereka jelaskan kereta itu hanya mampu terapung dalam waktu yang singkat saja.

3. Beetle ada sentuhan rakyat Indonesia

Untuk pengetahuan anda The Beetle, generasi ke-3 ini mendapatkan sentuhan Chris Lesmana seorang warga Indonesia.

Wah! Jarang kan kita dengar pembabitan orang Asia dalam pembuatan kereta Eropah.

Tapi, Chris memang pencinta Volkswagen Beetle sejati! Model Beetle 1969 pun dia ada.

Masih mengekalkan bentuk asas Volkswagen Beetle, Chris menambahbaik reka bentuk model ini dengan menambah “harchback” dan lebih menjimatkan bahan bakar.

Rekaannya diterima baik oleh pencinta Volkswagen dan jualan untuk jenama itu turut meningkat.

4. Original Beetle model paling lama dalam sejarah

Mula dihasilkan pada 1938, model asal Beetle menamatkan pengeluarannya pada 2003 di Mexico.

Ini menjadikan Volkswagen Beetle sebagai model kereta yang paling lama pengeluarannya dalam dunia automobil dan bertahan selama 65 tahun.

Bagi menghargai model kereta ini, original Beetle yang terakhir #21,529,464 menjadi salah satu kereta yang diletakkan di ruang pameran di Muzium Volkswagen Auto Wolfsburg, Jerman.

5. Volkswagen Beetle model kereta paling popular dalam dunia filem

Yang ni memang tak boleh dinafikan. Sebab sampai hari ini masih ada filem yang menggunakan model Volkswagen Beetle sebagai props mereka.

Mungkin kerana cirinya yang unik serta sifat “old-school” yang dimiliki, maka tidak hairanlan penerbit filem pun cari model kereta ini.

Kalau di luar negara antara cerita yang popular menggunakan model Volkswagen Beetle mestilah filem Herbie yang memaparkan kisah perlumbaan kereta dan jangan lupa juga filem “Bumblebee” salah satu francais filem “Transformers” yang menyaksikan bagaimana sebuah Beetle kuning bertukar menjadi Bumbleebee. Epik!

6. Iklan cetak terbaik di dunia

Nampak simple, tapi tahukah anda iklan mengenai Volkswagen Beetle pada 1960-an ini berjaya menjadi iklan terbaik di dunia! Hebat kan?

Walaupun tajuk yang diberikan “Think small” dan grafiknya hanya sebuah kereta Volkswagen kecil berwarna hitam, iklan cetak ini berjaya menarik perhatian orang ramai untuk membaca apa yang cuba disampaikan oleh Beetle.

Ini merupakan satu kejayaan kepada Beetle kerana berjaya memberikan keinginan kepada pengguna kereta untuk membelinya. Kecil-kecil jangan disangka tak berbisa!

Peluang terakhir dapatkan volkswagen Beetle. Melepas kalau tak beli sekarang!

Lepas ini tiada lagi generasi baru Volkswagen Beetle yang akan dihasilkan.

Walaupun model Original Beetle dah lama berakhir sejak 2003.

Model The Beetle berjaya menyambung legasinya dengan jualan melebihi setengah juta di seluruh dunia.

Sebab itu, peminat Volkswagen Beetle tak boleh lepaskan peluang terakhir anda untuk memiliki kereta ini.

Masih memilik ciri reka bentuk asal Beetle yang lama, The Beetle pasti lebih menonjol untuk anak muda kerana warnanya yang lebih menarik serta kuasa enjin turbonya yang pastinya memberikan anda kepuasan dalam pemanduan.

Bukan itu saja, Volkswagen Beetle juga memiliki sistem penyaman udara dengan 2 zon climatronic air, paparan skrin sentuh dengan “app-connect” serta tempat duduk kulit “Vienna” yang menjadikan pemanduan anda lebih selesa.

So, kalau anda berminat nak dapatkan Volkswagen Beetle, anda boleh layari laman rasmi Volkswagen.

Harga kereta ini bermula daripada RM152,390 dengan ansuran bulanan RM 1,590 sebulan.

Tapi dengan ciri pemanduan dan model kereta yang unik, model Volkswagen Beetle merupakan antara kereta yang tak boleh dilepaskan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]