Kerajaan setuju tawar biasiswa kepada pelajar Palestin, kata PM
Kementerian Pendidikan dimaklumkan sebanyak RM11.4 juta dana berjaya dikumpulan untuk biaya siswa Palestin.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata biasiswa itu akan diuruskan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), dan ditawarkan untuk 12 universiti dalam negara.
“Kepada semua pelajar Palestin yang terpilih, tahniah dan semoga anda dapat pelajaran terbaik,” katanya di majlis penyerahan biasiswa kepada pelajar Palestin malam tadi.
Mahathir juga mengumumkan Kementerian Pendidkan dimaklumkan sebanyak RM11.4 juta dana berjaya dikumpulan untuk biaya siswa Palestin itu.
Perdana menteri sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia membela nasib Palestin dan mempertahankan haknya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Kita tidak akan berdiam diri selagi kita melihat kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh rejim Israel,” katanya.