Berjalan kaki laju hidup 15 tahun lebih lama
Ramai mengetahui tentang kebaikan berjalan kaki laju untuk jantung dan tubuh badan, namun ramai tidak tahu ia mampu membuatkan kita hidup 15 tahun lebih lama.
Berjalan lebih laju baik untuk jantung dan kesihatan tubuh badan.
Malah ia juga melindungi diri dariada tekanan darah tinggi, obesiti dan kehidupan yang tidak aktif.
Dalam beberapa perkara positif itu terdapat satu lagi fakta yang mungkin anda tidak tahu bahawa berjalan lebih laju juga mampu memanjangkan umur anda 15 tahun lebih lama.
Penyelidik di Universiti Leicester menganalisis data mengenai 474,919 orang dengan purata usia 52 tahun di UK Biobank antara 2006 dan 2016.
Mereka mendapati wanita yang berjalan dengan laju mempunyai jangka hayat sebanyak 86.7 hingga 87.8 tahun, dan lelaki yang terus berdisiplin berjalan laju mempunyai harapan hidup sebanyak 85.2 hingga 86.8.
Aktiviti seperti jogging juga mempunyai prospek kehidupan yang lebih baik di mana wanita mempunyai jangka hayat sebanyak 72.4, dan lelaki berusia 64.8 tahun.
Berjalan kaki laju mungkin membantu anda hidup lebih lama tanpa mengira berat badan.
Ini bermakna kelajuan berjalan dijangka menjadi harapan jangka hayat lebih lama yang boleh dipercayai dan kenyataan itu berdasarkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) yang menerbitkan satu kajian dari University of Pittsburgh pada 2011.
Pada tahun 2013, para penyelidik AS mendapati langkah pantas dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih rendah dan jangka hayat yang lebih lama.
Sebab itulah ramai pakar mengesyorkan mana-mana pesakit supaya berjalan dengan lebih laju untuk mereka bertahan lebih lama.
Sumber viral.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]