Kenali artis hollywood dan tabiat sebenar mereka

Kebanyakan bintang hollywood kita jarang tahu akan sikap mereka yang sebenar selain daripada melakonkan watak yang diberi dalam sesebuah filem.

Sama seperti individu lain, pastinya ia berbeza dengan kehidupan sebenar dengan di depan kaca tv anda.

Seharusnya kebersihan menjadi keutamaan namun bagi mereka yang popular ia tidak dititik beratkan malah mereka mengambil mudah perkara ini hingga menimbulkan perasaan kurang senang bagi mereka yang berada disekeliling mereka.

Leonardo Dicaprio
Artis ini sememangnya ramai yang tahu bahawa beliau dikatakan tidak suka membuat pembaziran pada penggunaan air termasuk mandi, dan Leonardo hanyah akan mandi 2 minggu sekali sahaja.

Malah dia juga tidak suka memakai deodorant!

Megan Fox
Dia mempunyai satu sikap yang lupa untuk “flush” setiap kali ke tandas walaupun ia adalah kali kedua.

Malah dia juga mempunyai bilik persalinan pakaian yang sangat berbau!

Johny Depp
Mempunyai sikap yang sama iaitu tidak gemar mandi pagi dan hanya akan membasuh kepala dan rambutnya sahaja.

Britney Spears
Ketika ingin menaiki kapal terbang, ramai penumpang di dalam penerbangan yang sama mengkritik tentang artis itu dan meminta kasutnya yang berbau itu diletakkan di bahagian belakang.

Dia juga tidak suka memakai deodorant dan suka makan di tempat tidur.

Julia Roberts
Sama seperti artis hollywood yang lain, tetap tidak suka mandi, apatah lagi memakai deodorant.

Cameron Diaz
Artis ini mempunyai tabiat yang suka memakai baju yang sama beberapa hari, dan tidak suka memakai deodorant.

Anda boleh bayangkan bau yang ada ketika itu?

Sumber : msn.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]