Nigeria: Cubaan guling kerajaan, 140 Orang Asli Biafra ditahan

Kumpulan Orang Asli Biafra terus mendesak negara yang berasingan untuk suku Igbo. (Gambar AFP)

LAGOS: Sekurang-kurangnya 140 anggota pemisah suku kaum Igbo ditahan dan didakwa kerana cuba mensabotaj atau menggulingkan kerajaan Nigeria, lapor agensi berita Anadolu.

“Seramai 140 Orang Asli Biafra (IPOB) disahkan ditahan kerana menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang,” kata jurucakap polis Enugu, Ebere Amaraizu.

“Hasil maklumat risikan, mereka ditahan pada 22 Mei lalu di Opi Nsukka.”

Amaraizu berkata, kesemua mereka dituduh melakukan pengkhianatan dan kini ditahan di penjara sehingga 7 Jun.

Pemimpin IPOB, Nnamdi Kanu menghadapi tuduhan melakukan pengkhianatan, menyaksikan tercetusnya perang saudara pada 1967 yang membunuh hampir 2 juta etnik Igbo.

Kumpulan itu terus mendesak negara yang berasingan untuk suku Igbo.

Kanu melarikan diri dari Nigeria sebaik dibebaskan dengan ikat jamin.