Tampil gaya 2019 dengan rekaan antarabangsa

Bagi golongan muslimah yang ingin tampil kelainan di hari lebaran, anda bukan sahaja mempunyai pilihan daripada rekaan tempatan, malah juga dari luar negara seperti Yaman, Turki, Yarmouk dan banyak lagi rekaan dari negara Timur Tengah.

Ia termasuklah baju kurung dan jubah moden yang diperincikan dengan pelbagai rekaan dan kualiti bertaraf antarabangsa.

Sama seperti ROHS Malaysia, jenama ini membawa fesyen muslimah ke satu tahap yang lebih tinggi setanding jenama seperti ZARA, Massimo Dutti dan juga TIBI.

Lebih memberi keselesaan, si pemakai tidak perlu memakai lapisan tambahan seperti kardigan, legging dan pakaian dalam tambahan bagi mengelakkan aurat terjejas.

Banyak busana muslimah moden yang ditampilkan dengan ciri-ciri kesederhanaan dalam setiap rekaan serta potongan.

Pastinya ia yang bercirikan islamik dengan mengutamakan warna-warna lembut dan sesuai digayakan dalam pelbagai acara ataupun sebagai busana kasual.

Namun ada juga warna terang yang direka khas bagi golongan muslimah yang meminatinya.

Secara keseluruhannya tahun 2019 banyak pilihan, anda boleh tampil dengan gaya yang lebih menarik mengikut citarasa anda!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]