Ciri baru WhatsApp muat naik WA Stories terus ke Facebook bakal diperkenalkan

Whatsapp sedang berusaha untuk memperkenalkan ciri baharu yang akan membolehkan pengguna berkongsi status story yang boleh ditambah secara automatik ke Facebook Stories.

Menurut Wabetainfo.com, syarikat tersebut memperkenalkan ciri itu bagi meningkatkan jumlah Stories yang dimuat naik ke platform tersebut pada setiap hari.

Rupa-rupanya, WhatsApp Stories sudah semakin popular walaupun ramai yang tidak pernah menggunakannya.

Bagaimanapun, ciri tersebut masih belum dilancarkan dan sekiranya ia sudah boleh digunakan, WhatsApp akan membenarkan pengguna mengemas kini status yang mengandungi gambar, video, GIF dan teks ke Facebook.

Pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin menghantar terus WhatsApp Stories ke Facebook atau tidak.

Tetapan tersebut dibuat selepas terdapat beberapa pelanggaran hak pengguna yang membawa kepada jutaan telefon pengguna WhatsApp digodam.

“Kami percaya beberapa pengguna terpilih yang mudah terdedah dengan serangan telah menjadi sasaran pelaku siber ini.

“Serangan tersebut memiliki semua ciri sebuah syarikat swasta yang dikenali bekerja dengan kerajaan untuk menghantar virus yang merampas fungsi sistem operasi telefon bimbit.

“Kami telah memberi taklimat kepada beberapa organisasi hak manusia untuk berkongsi maklumat yang kami boleh dan bekerjasama dengan mereka untuk memberitahu masyarakat sivil,” kata syarikat tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]