Habib Jewels tampil barang kemas berinspirasi batik dengan unsur kontemporari

Meer Sadik Habib, Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd (kiri), Zarida Noordin (isteri), Aaisyah Dhia Rana (anak Rozita), Rozita Che Wan, Duta Rantaian Kasih Habib Jewels.

Habib menyambut kemeriahan Aidilfitri untuk kali ke-61 menerusi kempen tahunannya, Rantaian Kasih bagi meraikan hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang dipupuk dan dieratkan lagi sepanjang musim perayaan.

Jenama barang kemas ini menzahirkan kelainan dari tahun sebelumnya menerusi perincian barang kemas berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baru dengan unsur kontemporari.

Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporatnya (kiri) dan Rozita Che Wan.

Di samping penghargaan terhadap warisan turun-temurun nenek moyang, Habib mengangkat seni batik untuk kekal relevan seiring trend 2019 yang mengetengahkan elemen batik.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporatnya, Yasheedah Yashaiya berkata, pengunjung dimanjakan dengan lebih 100 pilihan antaranya koleksi Swan Lake, MyFirstDiamond, koleksi emas kuning dan emas mawar 916/999, koleksi berlian eksklusif, koleksi mutiara South Sea, koleksi batu permata dan koleksi Aura yang terdiri daripada kalung labuh, cukup sesuai bagi mereka yang bertudung.

Antara koleksi terbaru yang ditampilkan Habib Jewels sempena Rantaian Kasih 2019.

Katanya, untuk kaum lelaki butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata pelbagai warna cukup menambat hati untuk dimiliki sekali gus mewarnai hari raya.

Gelang emas dipenuhi aksesori sentiasa menjadi pilihan tidak kira kanak-kanak atau dewasa.

”Koleksi emas 916 juga memperlihatkan banyak pilihan gelang tangan untuk kanak-kanak. Yang pasti tidak kira peringkat umur dan jantina, si pemakai dapat bergaya raya ini.

Meer Sadik Habib sentiasa memastikan koleksi yang ditampilkan setiap tahun berlainan dan mempunyai eksklusifnya tersendiri.

”Selain itu, terdapat aktiviti istimewa yang disediakan sepanjang Ramadan termasuk program Singgah Sahur, Zakat on Wheel dan iftar bersama anak yatim Tunas Bakti, Sungai Besi,” katanya.

Menurutnya, kemuncak kempen Rantaian Kasih adalah kemunculan istimewa selebriti, Rozita Che Wan bersama si ciliknya, Aaisyah Dhia Rania pada bazar Ramadan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Mei ini di bilik pameran Ampang Point.

Meer Sadik beramah mesra dengan pelanggan yang hadir.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati potongan sehingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999 selain diskaun 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih.

Selain itu, Habib menawarkan kadar tukar beli balik emas lama dengan kadar tertinggi sepanjang kempen berlangsung sehingga 4 Jun 2019.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]