Modi dilantik perdana menteri India untuk penggal ke-2

BJP pimpinan Modi (2 dari kiri) mempunyai 303 ahli Parlimen di Lok Sabha membolehkannya mempunyai majoriti besar. (Gambar AFP)

NEW DELHI: Presiden India, Ram Nath Kovind pada Sabtu melantik Narendra Modi sebagai perdana menteri negara itu untuk penggal kedua, menurut kenyataan dari Rashtrapati Bhavan.

Modi turut diminta mencadangkan tarikh dan masa untuk majlis rasmi angkat sumpah diadakan.

Parti pimpinan Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) mempunyai 303 anli Parlimen di Dewan Rakyat (Lok Sabha), membolehkan BJP mempunyai majoriti yang kuat.

Bersama sekutunya, Perikatan Demokratik Nasional (NDA). BJP mempunyai 353 ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 545 anggota.

Pakatan pembangkang Kongres, diketuai Rahul Gandhi sekadar memenangi 52 kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.