Rasai pengalaman sebenar bersama 18 dinosaur ‘berkeliaran’ di Malaysia Ogos ini

Dinosaur akan mula “berkeliaran” di Malaysia selepas dipilih sebagai salah satu lokasi untuk program jelajah siri televisyen popular BBC, “Walking With Dinosaurs” yang akan dibawakan secara langsung tidak lama lagi.

Persembahan yang bakal diadakan akan membolehkan pengunjung melihat perubahan dinosaur dari segi warna kulitnya dan juga beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik yang terkini.

Untuk menampakkan ia lebih “real” lagi, pengunjung berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur dan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti.

Beberapa spesis dinosaur bakal menggegarkan Kuala Lumpur termasuk Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic, Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus serta Brachiosaurus.

Pertunjukan secara langsung ini akan menampilkan 18 dinosaur yang dicipta oleh sekumpulan 50 pereka kesan khas terbaik Australia yang bekerjasama dengan saintis.

Ia akan menjadi pengalaman pendidikan dan teater epik yang sesuai untuk penonton semua peringkat umur.

Produksi bernilai AS$20 juta ini juga bakal menampilkan teknologi terkini sekali gus menjadikan ia salah sebuah pertunjukan dinosaur yang terbaik dan terbesar di dunia.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan sendiri 18 spesis dinosaur menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil selama tiga hari berturut-turut bermula 25 Ogos ini.

Harga tiket bermula dari RM148 sehingga RM398 mengikut zon yang ditetapkan.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web myticket.asia dan pembelian antara 20 Mei hingga 3 Jun membolehkan anda berpeluang menikmati diskaun 10%.

Untuk makluman lanjut boleh layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]