Menangis boleh turunkan berat badan

Menangis normal sebagai respon kepada kegembiraan, kesakitan, tekanan, kesedihan ataupun kekeliruan.

Bagaimanapun, menurut sebuah kajian terbaru, menangis dengan penuh emosi boleh membantu menurunkan berat badan.

Ini kerana jika anda menangis, sudah pasti rasa tiada selera makan, lebih-lebih lagi jika kesedihan itu berpunca dari hati, contohnya putus cinta.

Sudah pasti akan membuatkan anda hilang selera dan menangis sepanjang malam.

Saintis juga mendapati tangisan paling berkesan ialah sekitar pukul 7 hingga 10 malam, ketika menonton tayangan sedih atau menangis kerana kesedihan.

Dr. Aaron Neufeld dari Los Altos Optometric Group mengkaji kesan tiga jenis air mata iaitu Basal, Reflex dan Psychic dan mendapati tangisan penuh emosi dikaitkan dengan hormon yang akan meningkatkan kadar kortisol yang membantu menurunkan berat badan.

Kajian susulan William Frey, seorang ahli biokimia pula menunjukkan air mata yang terhasil daripada tekanan dapat mengeluarkan pelbagai jenis toksik dari badan dan menyimpulkan bahawa menangis adalah satu proses semulajadi untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul sepanjang mengalami tekanan emosi tersebut.

Bagaimanapun, jangan berpura-pura menangis kerana menurut kajian itu lagi, hanya airmata yang terhasil daripada emosi sebenar bolah menghasilkan kesan penurunan berat badan.

Sumber: himedik.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]