Messi sangka pemain Liverpool tidak faham bahasa Sepanyol

Pemain Liverpool, James Milner mendedahkan dia digelar sebagai keldai oleh Lionel Messi.

Ia berlaku sewaktu dia mewakili pasukannya dalam aksi perlawanan menentang Barcelona.

“Dia tidak gembira. Dia cakap dalam bahasa Sepanyol, panggil saya burro. Burro bermaksud keldai.

“Saya tanya jika dia baik-baik sahaja tapi dia tak hiraukan. Saya tak rasa dia tahu yang saya faham bahasa Sepanyol,” katanya memetik laporan Metro News.

Kata Milner, pertembungan yang berlaku merupakan adat biasa dalam perlawanan bola sepak.

Malah, dia juga mengakui memandang tinggi kepada Messi dan tidak menolak bahawa dia pemain yang hebat.

Sumber: Metro News

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]