Balu CEO Cradle Fund dibenar ikat jamin RM500,000

Samirah Muzaffar. (Gambar Youtube)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ikat jamin terakhir daripada balu ketua pegawai eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan sementara menunggu perbicaraan kes bunuh pada September.

Panel hakim diketuai Azahar Mohamed berkata Mahkamah Tertinggi tersilap apabila menolak permohonan ikat jamin Samirah Muzaffar dan tidak mengambil kira fakta-fakta yang dia bentangkan di mahkamah.

Mahkamah sebulat suara membenarkan Samirah diikat jamin RM500,000 dengan 2 penjamin.

Hakim-hakim lain dalam panel itu adalah Alizatul Khair Osman Khairuddin, Ramly Ali, Abang Iskandar Abang Hashim, dan Zawawi Salleh.