G-Shock lancar 3 model khas sempena ‘Avengers: Endgame’

Kehangatan filem Avengers: Endgame masih belum reda apabila G-Shock menghasilkan model khas sempena filem tersebut baru-baru ini.

“Avengers Collection” oleh G-Shock dan Marvel ini hadir dengan 3 model yang cukup cantik berdasarkan watak Iron Man, Captain America dan Spider-Man.

Model GA-110 dipilih untuk model Captain America dan Iron Man manakala model old-skool DW-5600 dipilih untuk model Spider-Man.

Setiap model hadir dengan kotak dan tin dengan rekaannya yang tersendiri.

Pemilihan warna pada jam pula mengikut tema warna setiap watak.

Menambahkan keunikan koleksi ini, setiap model akan mempunyai ukiran khas pada bahagian belakang jam.

Buat masa ini, koleksi G-Shock x Marvel Avengers ini hanya dipasarkan untuk pasaran China sahaja di dua butik rasmi G-Shock di Beijing dan Shanghai.

Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang berita sama ada koleksi ini akan memasuki pasaran luar China atau pun tidak.

Tetapi jika anda mahu jadi antara yang pertama memiliki koleksi ini, mungkin anda boleh pesan pada rakan yang akan ke Beijing atau Shanghai untuk bantu anda beli model edisi khas ini.

Sumber thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]