Ikea Malaysia tampil kelainan jual kek cendol durian D24

Rakyat Malaysia pastinya menggemari durian dan cendol.

Kini Ikea Malaysia tampil dengan menu istimewa, iaitu kek cendol durian D24 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, kek istimewa tersebut akan dijual mulai hari ini sehingga 4 Jun 2019.

Harga bagi sebiji kek cendol durian adalah RM102.90 sahaja.

Selain itu, Ikea turut hadir dengan 2 lagi kek, iaitu perisa ondeh-ondeh dan pulut hitam.

Harga bagi kek ondeh-ondeh adalah RM74.90 dan bagi kek pulut hitam berharga RM86.90 sahaja.

Tawaran ini terhad.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]