Konsert reunion Spice Girls mengecewakan ramai balik sebelum tamat

Konsert “reunion” kumpulan Spice Girls di Dublin Jumaat lalu mengecewakan lebih 70,000 peminatnya yang terpaksa berdepan dengan masalah bunyi.

Kumpulan wanita popular pada 90-an itu tampil dengan konsert jelajah Spice World 2019 Tour selepas kali terakhir mereka beraksi 7 tahun.

Segelintir peminat kumpulan ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka tidak mendengar bunyi suara dan nyanyian dengan jelas dan baik.

“Ada sesuatu yang tidak kena apabila orang ramai di konsert @spicegirls semua duduk kerana tiada siapa yang tahu tentang lagu itu kerana bunyi benar-benar buruk,” kata seorang pengguna.

Manakala peminat lain pula menyifatkan ia konsert terburuk yang pernah mereka tonton.

Katanya, ramai yang meninggalkan konsert tersebut sebelum ia selesai.

Anggota kumpulan itu yang membuat persembahan ialah Emma Bunton, Geri Halliwell, Melanie Chisholm and Melanie Brown.

Manakala, Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice membuat keputusan untuk tidak menyertai konsert berkenaan.

Sementara itu, Brown menerusi video di Instagram berkata, dia berharap kualiti bunyi akan lebih baik pada masa akan datang.

“Kami akan berjumpa anda di Cardiff dan berharap vokal dan bunyi akan menjadi lebih baik,” ujarnya

Spice World 2019 Tour merupakan jelajah keempat kumpulan itu dengan 13 lokasi persembahan.

Sumber CNN

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]