Penyanyi era 70-an Dahlan Zainuddin meninggal dunia

Dahlan Zainuddin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penyanyi era 70-an, Dahlan Zainuddin, 78, meninggal dunia di Hospital Selayang pada 9.48 malam tadi selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar Sabtu lalu, lapor Utusan.

Perkara ini disahkan oleh isterinya, Effa Rizan kepada akhbar itu. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik Bintang RTM 1975, Dahlan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.