Anwar tak percaya kemunculan semula naratif perkauman cetus rusuhan

Anwar Ibrahim berkata kerajaan tetap berwaspada terhadap cubaan untuk membangkitkan persengketaan kaum.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim cuba mengurangkan kebimbangan yang disuarakan ahli akademik dan penjual buku antik yang mendakwa kemunculan semula naratif bersifat perkauman yang menyebabkan rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak percaya keadaan sekarang merosot sehingga mendorong kepada rusuhan.

“Masih terdapat alasan yang meyakinkan. Orang ramai mengatakan masalah bukan kaum tetapi kemiskinan, ketidaksamaan dan pemisahan naratif antara elit bandar dan masyarakat umum.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan sidang Kaukus Parlimen mengenai Reformasi dan Tadbir Urus.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar perbahasan yang begitu kontroversi sehingga mereka mencetuskan rusuhan, tetapi beliau berkata kerajaan tetap berwaspada terhadap cubaan untuk membangkitkan persengketaan kaum.

Semalam, FMT melaporkan penjual buku Muhammad Nazreen Jaafar pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), profesor Teo Kok Seong berkata kebanyakan naratif bersifat perkauman berkaitan kedudukan bahasa Melayu dan isu pendidikan.

Nazreen yang merupakan bekas penyelidik di sebuah badan pemikir tempatan, berkata beliau mendapat dokumen yang dikeluarkan secara dalaman oleh parti Perikatan, pendahulu kepada Barisan Nasional, yang menggambarkan suasana politik sebelum rusuhan 13 Mei 1969. Beliau berkata politik sekarang kelihatan dalam gejala yang sama.

Teo yang merupakan felo utama di Institut Kajian Etnik UKM, berkata sesetengah parti politik yang mencabar Perlembagaan Persekutuan dan hak Melayu seperti isu kuota matrikulasi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata ketegangan kaum semakin teruk sejak kebelakangan ini dan beliau menyalahkan “politik ekstrem” PAS dan Umno.

Beliau berkata kedua-dua parti itu sedang bermain permainan berbahaya dalam cubaan meraih sokongan, tetapi menambah beliau yakin orang ramai akan melihat niat mereka.

“Inilah sebabnya Pakatan Harapan mesti menyampaikan dan memaparkan keputusan,” katanya.