Jangan guna sudu untuk beri ubat kepada anak
Ibu bapa yang menggunakan sudu untuk menyukat ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Menurut kajian terkini, penggunaan sudu akan menyebabkan sukatan untuk ubat cecair tidak tepat dan akan menyebabkan kesukaran menentukan dos.
Ini kerana jumlah ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengakibatkan terlebih dos.
Jangan guna sudu, ia tidak tepat
- Adakah anda menggunakan sudu untuk menyukat ubat cecair?
- Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk menyukat dos ubat cecair?
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair.
Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia normal.
Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda.
Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.
Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa menyukat ubat cecair, pengkaji mendapati 39% ibu bapa salah menyukat dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah menyukat ubat yang doktor preskripsikan.
Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Kesan jangka masa panjang guna sudu untuk beri anak ubatDalam kajian terbaru, seramai 200 individu dinilai.
Mereka diminta untuk menuang 5ml dos ubat selesema bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz.
Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang dituang tersebut.
Keputusannya, sebanyak 11.6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8.4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos.
Ia masih berlaku walaupun individu tersebut amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.
Menurut Dr Ian Paul yang merupakan pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, jumlah ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat.
Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat.
Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak juga lebih sensitif berbanding individu dewasa.
Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.
Apa yang ibu bapa perlu buat?
Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu.
Sebaliknya, guna tutup botol penyukat atau picagari untuk menyukat dos ubat.
Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang dicipta khas untuk menyukat dos ubat.
Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]