Mayat legenda F1 bakal dikebumikan dalam sut lumba Ferrari

Legenda Formula One (F1) Niki Lauda akan dikebumikan dalam sut lumba Ferrari miliknya.

Peminat juga berpeluang memberi penghormatan terakhir sebelum dia dikebumikan di Neustifter Friedhof, Austria pada minggu ini.

Malah, Presiden Austria, Alexander van der Bellen dan jaguh F1, Lewis Hamilton juga dijangka hadir ke acara itu.

Lauda meninggal dalam tidur pada minggu lalu di Hospital Universiti Zurich, Switzerland selepas menjalani rawatan buah pinggang.

Untuk rekod, dia pernah menerima pemindahan buah pinggang pada 1976 dan 2005.

Sumber: Daily Star

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]