Perlukah berkawan dengan bekas teman lelaki

Perpisahan suatu yang menyakitkan.

Walaupun jika kamu yang memutuskan untuk berpisah.

Perasaan bercampur baur hingga kamu merasakan untuk berkawan semula amatlah sukar dan ia adalah satu idea buruk.

Perpisahan itu hanyalah satu luka.

Ia memerlukan masa dan “TLC” (Tender Loving Care) untuk kembali pulih sepenuhnya.

Pasti tiba satu hari nanti bila balutan luka dibuka semula ia seakan sudah hilang dan hanya tinggal satu kenangan.

Sama juga dengan “luka”, kamu perlu beri masa hubungan yang tidak berhasil menjadi masa lalu kamu sebelum cuba menjalinkan persahabatan.

Memandangkan setiap situasi unik, tempoh masa yang diperlukan adalah sesuatu yang kamu perlu tentukan sendiri.

Sepanjang tempoh itu, ia amat membantu untuk dapatkan pengalaman baru dan menariknya, untuk beritahu pada orang lain bagaimana hubungan kamu berakhir.

Dengan menceritakan kisah tersebut akan memberi gambaran bahawa “kami sayang satu sama lain tapi kami mahukan perkara yang berbeza”.

Jadi kesimpulannya ia tidak boleh berjaya atau diselamatkan atau apa jua situasinya ia membenarkan realiti baru untuk ambil alih dan bantu kamu tetapkan tempoh terhadap masa pemulihan perasaanmu.

APA MOTIFNYA?

“Tiada sesiapa mahu dengar saya mainkan muzik atau bercakap mengenai politik selain daripada bekas teman lelaki saya.”

Itu adalah beberapa perkara biasa yang sering berlaku di awal perpisahan.

Walaupun aspek romantik hubungan tersebut tidak berjaya, tapi hubungan yang mendalam antara satu sama lain masih lagi wujud.

Jika kamu mahu berkawan dengan bekas teman lelakimu, pertama sekali kamu perlu pastikan apakah yang kamu hargai tentang dirinya dan hubungan yang bagaimana mahu kamu kekalkan.

Mungkin kamu berdua mempunyai “social circle” yang sama atau dia business partner kamu – ini alasan munasabah untuk kamu berdua kekal dalam hidup satu sama lain.

Tapi jika kamu dapati motif sebenar kamu berharap secara senyap dapat meraih cintanya semula, itu hanyalah akan menambah luka dan lebih parah lagi.

APA AKAN TERJADI BILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BERSAMA ORANG BARU?

Ya untuk kekal sebagai teman kedengaran mudah.

Tapi ia boleh bertukar sukar apabila salah seorang daripada kamu sudah “move on” dan bertemu orang baru.

Katakanlah dia yang “move on” terlebih dahulu, kamu mungkin akan berasa sedikit canggung pada mulanya.

Malah bagaimana kamu bertindak balas dengan perasaan adalah jauh lebih penting.

Terimanya dengan senyuman dan hati yang ikhlas?

Apa yang lebih penting, jika kamu berjumpa dengan orang baru dan mula serius dengannya, beritahu padanya tentang status bekas teman lelaki kamu pada awal perhubungan tersebut –tak perlu beritahu secara detail.

Apabila kamu beritahunya tentang mereka yang penting dalam kehidupanmu seperti keluarga dan teman baik, pastikan kamu beritahu tentang bekas teman lelaki kamu juga.

Bekas teman lelaki kamu kini hanyalah seorang…teman.

Sumber: Cosmopolitan

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]