Filem ‘Kingsman 3’ bakal mula penggambaran hujung tahun ini

Nampaknya peminat siri filem Kingsman akan gembira dengan berita ini.

Menurut pengarah filem tersebut Matthew Vaughn, Kingsman 3 bakal memulakan penggambarannya hujung tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, Kingsman 3 filem yang akan ditayangkan setelah filem Kingsman: The Great Game ditayangkan pada 14 Februari 2020.

Filem Kingsman: The Great Game merupakan filem prequel yang akan membawa anda meneroka asal-usul agensi itu pada awal tahun 1900-an hingga peristiwa Perang Dunia 1.

Malah, dalam filem prequel tersebut, dikhabarkan tiada watak Eggsy.

Pastinya ramai peminat filem tersebut hampa dengan berita itu.

Tetapi dalam filem Kingsman 3, dikhabarkan ia adalah pengakhiran kisah antara Eggsy dan Harry.

Bagaimanapun, tarikh rasmi tayangan filem Kingsman 3 masih menjadi tanda tanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]