Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Bakke Salleh bersara 30 Jun

Mohd Bakke Salleh berkhidmat dengan Sime Darby Plantation Bhd hampir 9 tahun.

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Bhd (SDP), Mohd Bakke Salleh bersara pada 30 Jun selepas berkhidmat untuk kumpulan itu hampir 9 tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, Bakke akan digantikan Timbalannya, Mohamad Helmy Othman Basha.

SDP berkata, Helmy dilantik sebagai timbalan pengarah urusan pada 1 Januari lalu. Beliau sebelum itu berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi (huluan) pada 2017 dan sebagai ketua perkhidmatan perladagan dan projek khas pada 2016.

Beliau juga ialah ketua peladangan huluan SDP sebelum menubuhkan Xcellence Alliance Sdn Bhd dan Chemara Palmea Holdings Bhd.

SDP berkata, Helmy mempunyai pengalaman luas, termasuk sebagai pengurus pentadbiran dan kewangan Guthrie Property Holding Sdn Bhd, ketua pegawai eksekutif Highlands and Lowlands Bhd serta Guthrie Ropel Bhd.

Beliau ialah orang penting dalam menyelesaikan proses pengambilalihan dan penstrukturan ladang PT Minamas Gemilang di Indonesia.